Taklimat Advokasi (KDB,Oversharing,Kesahihan Maklumat, Mobile E-waste & CYL)
15 November 2019 | Aktiviti TerkiniKhamis bersamaan 14 November 2019, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan taklimat advokasi yang dihadiri oleh 40 peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dari SK Supa. Taklimat tersebut diadakan di bilik latihan Pusat Internet Spaoh.
Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan tentang cara melayari internet dengan betul mengutamakan 3 prinsip iaitu selamat, waspada dan tanggungjawab. Selain itu,peserta didedahkan tentang bahaya mengepos terlalu banyak informasi termasuk maklumat peribadi di laman sosial (oversharing), kepentingan memeriksa kesahihan maklumat sebelum berkongsi di internet dan pemahaman tentang buli siber. Sebelum bengkel dimulakan ,pengurus sempat memberi sedikit taklimat berkenaan pelupusan e-sisa yang betul dan tempat pembuangan yang disediakan oleh pihak MCMC untuk kempen mobile e-waste. Di samping itu sedikit penerangan tentang peranan dan fungsi MCMC serta sistem aduan yang disediakan oleh pihak yang bertanggungjawab untuk menangani sebarang isu berkaitan internet.
Antara pengisian semasa kelas ialah taklimat merangkumi kempen KDB,oversharing,kesahihan maklumat,buli siber,mobile e-waste dan kepentingan memeriksa label MCMC di mana-mana peranti elektronik (CYL). Pada akhir taklimat, pengurus dan penolong pengurus mengadakan sesi soal jawab dan kuiz untuk memastikan peserta memahami intipati taklimat advokasi yang disampaikan.
Dengan program sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: